Wednesday, January 14, 2009

Palestin kau tetap dihatiku

* Gambar ini dirakam pada hari keempat peristiwa pengeboman Israel terhadap palestin

Sudah sebulan ku tidak munculkan diri dalam dunia maya ni. Kesihatanku terganggu dan aku terpaksa mengambil cuti yang panjang untuk memulihkan kembali segala-galanya.Alhamdulillah, dengan keizinan Allah s.w.t telah memberi ruang untuk aku muncul kembali, banyak perkara ingin ku nukilkan tapi apakan daya fikiranku amat terganggu dengan kejadian pencerobohan Yahudi laknatullah kepada rakyat Islam Palestin. Pelbagai kata-kata, kecaman, gesaan, resolusi telah dibuat namun sampai saat ini segala tindakan bagaikan mencurah air di atas daun keladi.

Lebih menyedihkan disaat hanya luahan dari saudara seIslam dapat disampaikan mereka bergelumang dengan maut kerana ingin mempertahankan negeri suci umat Islam. Dimana umat Islam yang lain? Kehidupan kita disini sungguh mewah. Kita lupa pada saudara sendiri malah kita tidak pernah merasa jerih perih mereka tanggung selama ini. Ayuh sahabat-sahabat semua hulurkan bantuan, jika hari ini kita mati kekenyangan, jangan biarkan saudara kita disana mati dalam kebuluran.

* Gambar ini dirakam pada hari keempat peristiwa pengeboman Israel terhadap palestin

Sahabat-sahabat semua, hari ini sudah hampir 61 tahun yahudi laknatullah menguasai tanah orang Islam tanpa rasa sedikit malu pun, namun kita lihat negara-negara umat Islam yang lain begitu malu untuk mempertahankan hak umat Islam. Dimanakah maruah umat Islam yang selama ini telah diangkat oleh Rasulullah sallahualaiwassalam pada suatu ketik dahulu? Dimanakah semangat kamu semua untuk mempertahankan agamaNya? Bagaimana kita hendak menjawab pada Rasulullah sallahualaiwassalam nanti apa yang kita buat untuk mempertahankan saudara kita?

Masih segar dalam ingatan ketika mana mendengar cerita mengenai khutbah wida', aku dapat bayangkan suasana pada pagi itu, sungguh sahdu dan mengamit perasaan para sang perindu Rasulullah sallahualaiwassalam. Pada pagi itu Rasulullah sallahualaiwassalam telah memberi khutbah terakhir kepada umat Islam sebagai panduan umatnya. Antara perkara yang disabda oleh baginda ialah "...jaga kaum lemah diantara kamu...". Sahabat-sahabat yang memahami peristiwa itu menangis tidak keruan. Rasulullah sallahualaiwassalam akan pergi meninggalkan kita pada jasadnya tapi semangat Rasulullah sallahualaiwassalam tidak akan dibiarkan padam selama-lamanya. Ayuh sama-sama kita bangkit menentang Yahudi laknatullah, sama-sama kita bacakan Qunut nazilah setiap kali solat kita moga Allah memberi pertolongan kepada kita. "Doa itu senjata orang Mu'min"


Qunut Nazilah:

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amien…!




No comments: