Hari tasyrik merupakan hari yang istimewa dalam kehidupan umat Islam, bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam berkorban. Jikalau disingkap kembali sirah permulaan korban pada zaman Nabi Ibrahim pasti air mata bergemang dan itulah sebaik-baik korban seorang makhluk kepada sang Khalid yang Maha Agung. Hari Korban@Haji kali ni amat berbeza kerana aku tidak meraikannya bersama keluarga tapi bersama sahabat-sahabat diutara. Sengaja ku nukilkan disini untuk dijadikan sejarah dihari mendatang.
7 Disember 2008 (12 a.m); Stesen bas Seksyen 17 Shah Alam
Aku resah menunggu bas yang tidak sampai-sampai, rupa bas pun tidak pernahku lihat sebab inilah kali pertama aku ke utara. Selepas menunggu hampir 45 minit barulah menjelma basnya, aku hanya mampu tersenyum melihat penumpang-penumpang memarahi penjual tiket kerana bas lambat dan terpaksa bertukar-tukar bas, malam ni syarikat bas sediakan bas tambahan untuk membawa pelanggannya balik utara. Syukur,alhamdulillah dah 'setlle' satu masalah bisik hatiku. Dalam perjalanan penumpang dipertontonkan cerita namun ia tidak menarik minatku dari terus menonton sebaliknya aku memikirkan apa yang perlu aku buat kat utara nanti sehingga aku hilang dalam khayalan dan tertidur. Sekali sekala tidur ku terganggu dengan gerakan bas yang tehuyung-hayang, "moga perjalananku ini diselamatkan dan dirahmati Allah" bisik hatiku. Akhirnya aku sampai ke destinasi yang ku tujui, agak melucukan pabila aku bertanya pada sorang penumpang mengenai tempat ini; "sekarang kita kat mane?" tanya aku pada sorang penumpang. "Alor setaq, hang nak lajak lagi ka?" jawabnya. Aku terpana sekejab, apa yang dimaksudkannya. Sambil tu ana mengangguk aje, dia hanya tersenyum melihat gelagak aku yang kepeningan sambil terus mencapai begnya dan hilang dalam pendanganku. Aku menoleh kebelakang rupanya semua penumpang dah keluar. "Abih dah aku" bisik hatiku. Tanpa berfikir panjang aku terus turun tanpa mengetahui tempat tersebut.
7 Disember 2008 (6 a.m); Stesen bas Alor Setar
Aku masih tidak tahu betul ke tidak destinasiku ini, terus aku capai telefonku dan telefon yat. Alhamdulillah aku ditempat yang betul sambil menunggu ketibaan yat aku mencari-cari dimanakah surau atau tempat yang boleh aku solat subuh. Aku pergi ke kaunter bas dan bertanya orang di kuanter dimanakah surau. Aku lihat ramai yang turun dari bas tapi tak ramai yang pergi surau untuk solat. "Astagfirullahala'zim ya Allah berikan mereka hidayah" bisik hatiku sambil itu aku panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih membuka hatiku moga diistiqamahkan dalam Islam. Selesai solat, sekali lagi aku terkejut melihat satu susuk tubuh yang agak ku kenali," apa kabar tat" tegurku. "Kecil betul dunia ni" bisik hatiku sambil kami berpelukkan. Selepas tat selesai solat kami bersembang-sembang sambil menunggu yat sampai.
7 Disember 2008 (7 a.m); Kg Langgar
Pagi ni yat membawa kami ke rumahnya dulu sementara menunggu kereta untuk menghantar tat ke kg Naka. Sungguh nyaman kehidupan didesa ni, tiada kesesakan,bunyi hon diganti dengan bunyi cengkerik, dan penduduknya yang mesra. Tenang hatiku, tiba-tiba aku teringat pada kampung aku yang aku tinggalkan. "macamane ummi, abah, adik-adikku sekarang" bisik hatiku, tiba-tiba telefon berbunyi dan 'abah' tertera di skrin telefon terusku jawab panggilan tersebut. Abahku bertanya keadaanku disini dan juga berpesan jaga diri di negeri orang. Selepas menghantar tat di kg Naka, kami terus pergi ke rumah pak mail. Kehadiranku ke kedah sungguh mengekutkan pak mail, sambil berseloroh padaku " nta datang ni nak merisik orang kedah ke?". "yes" jawabku spontan sambil yat menambah lagi menyebabkan kami gelak ramai-ramai. Suasana ni sungguh menenangkanku, keserabutan dalam fikiranku hilang sebentar.
(to be continue...mengantuknye : ) )
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment