Monday, August 17, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan




Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 2:183)


Alhamdulillah dengan izinNya malam ini dapat juga ana mencoretkan sedikit untuk tatapan bersama. Maaf buat sahabat2 dan teman yang sudi mengunjungi blog ini, ana tidak ada kesempatan masa untuk update.


Ayat ke 183 al-Baqarah dibaca dalam mana-mana kuliah setiap kali Ramadhan ingin mengejuk kita. InsyAllah minggu depan Ramadhan akan tiba, bulan dimana menjanjikan 1001 Rahmat, Keampunan dan Kasih Sayang Allah pada umat Nabi Muhammad S.A.W. Jadi dalam nak menghadapi bulan yang mulia ini, kita perlulah menyiapkan persiapan yanh jitu. Antara petikan kata-kata Sheikh Nuruddin dalam kuliah umum di Masjid Negara minggu lepas mengungkapkan persiapan Ramadhan seumpama seorang pelajar akan menghadapi peperiksaan. Target sudah diletakkan, latihan perlu dipersiapkan, mengulangkaji semula silibus yang telah dipelajari, dan perbanyakkan bermunajat pada Allah. Begitulah jika ingin berjaya dalam peperiksaan, apatah lagi dalam menghadapi Ramadhan maka perlulah bersungguh-sungguh lagi kerana hanya orang yang benar-benar dapat melepasi Ramadhan dengan jayanya saja mendapat TAQWA seperti yang dijanjikan Allah dalam Al-Quran.


Oleh itu marilah sahabat-sahabat semua kita pakat buat persiapan sementara ada beberapa hari lagi sebelum kita menempuh Ramadhan kali ini. Moga Allah memberi kemudahan kepada kita dalam mencari keredhaanNYA.