Monday, February 26, 2007

Sahabat! Apakah Peranan Kita?

Untuk sekian kalinya ana ingin menyeru diri ana dan sahabat-sahabiyah yang

sudi meluangkan masa untuk menatap blog yang tidak seberapa ni apakah

peranan kita sebagai seorang muslim,apakah kita peka dengan apa

yang berlaku dengan agama kita? Saudara seagama kita?

Adakah kita peka terhadap isu-isu semasa seperti:

  • Isu penghinaan Rasulullah
  • Bumi Palestin yang Digayang oleh Yahudi laknatullah
  • Umat Islam di Iran makin didesak oleh Amerika dan sekutu laknatullah
  • Gejala murtad semakin ramai di negara kita sendiri!!
› Dan banyak lagi.

Bagaimana kita hendak perasan jika kita

sedang sibuk dengan:

› Ber’chatting’

› Ber’MIRC’

› Ber’SMS’

› Ber’anime’

› etc.

Kalau ada pun hanya sekadar tahu ‘gitu-gitu’ sahaja.

Bukannya kita hendak ambil tahu.

Pernahkah kita,pergi ke cyber kafe hanya kerana hendak mengentahui apa yang berlaku pada

saudara kita di Palestin?

Atau pernahkah kita dengan kawan kita

berbincang atau berdiskusi mengenai apa yang berlaku terhadap agama kita?

Paling tidak pun,pernahkah kita menonton rencana berkaitan dengan Islam?

Tidak kiralah samada ianya berkenaan dengan sejarah perkembangan Islam ataupun apa

sahaja.

Sahabat dan Sahabiyah sekalian,

Ingatlah bahawa Islam tidak akan kembali maju jika kita hanya mengharapkan keajaiban.

Islam tidak akan kembali maju jika kita tidak bersatu.

Islam tidak akan kembali maju jika kita hanya berkata, “kesian orang-orang kat Palestin kan”.

Atau sekadar berkata 'ooo i seee' yang mana kita tahu penuh dengan persidangan atau meeting

tapi takda tindakan. Adakan cukup sekadar itu? Tepuk dada tanya iman...

Oleh itu adalah perlu kita faham bahawa insya-Allah Islam akan kembali maju jika semua

golongan berusaha dan menjalankan tanggungjawab ini.

Firman Allah “Dan bahawasanya seseorang itu tiada memperoleh selain apa yang dia usahakn”
An-Najm,39.

FirmanNya lagi “Sesungguhnya Allah menyukai……dalam barisan yang tersusun( berjemaah )…..” As Shof,4

Ingatlah,memajukan Islam itu bukan hanya tugas ulama’,ustaz, ataupun organisasi-organisasi

dakwah sahaja.

Bahkan ia merupakan tanggungjawab umat seluruhnya.

Bukankah Allah pernah berfirman “sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara..”

Dalam bahasa arab saudara ialah ikhwah/ukhwah bagi lelaki dan akhwat bagi wanita (jama’)

Tetapi,apabila persaudaraan disini bukanlah seperti adik saudara atau pakcik saudara.

Persaudaraan di dalam bahasa arab ialah seperti abang,adik atau kakak kita.

Begitulah yang perasaan sepatutnya kita terhadap saudara kita di Palestin.

Jikalau kita kehilangan abang,adik atau kakak kita buat selama-lamanya, bagaimanakah

perasaan kita?

Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Bukalah minda, Luaskanlah pengetahuanmu, Fahamilah saudara seIslam,Bangkitlah!!!!

No comments: