Friday, December 12, 2008

Perjalanan disebalik hari-hari tasyrik

Hari tasyrik merupakan hari yang istimewa dalam kehidupan umat Islam, bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam berkorban. Jikalau disingkap kembali sirah permulaan korban pada zaman Nabi Ibrahim pasti air mata bergemang dan itulah sebaik-baik korban seorang makhluk kepada sang Khalid yang Maha Agung. Hari Korban@Haji kali ni amat berbeza kerana aku tidak meraikannya bersama keluarga tapi bersama sahabat-sahabat diutara. Sengaja ku nukilkan disini untuk dijadikan sejarah dihari mendatang.

7 Disember 2008 (12 a.m); Stesen bas Seksyen 17 Shah Alam

Aku resah menunggu bas yang tidak sampai-sampai, rupa bas pun tidak pernahku lihat sebab inilah kali pertama aku ke utara. Selepas menunggu hampir 45 minit barulah menjelma basnya, aku hanya mampu tersenyum melihat penumpang-penumpang memarahi penjual tiket kerana bas lambat dan terpaksa bertukar-tukar bas, malam ni syarikat bas sediakan bas tambahan untuk membawa pelanggannya balik utara. Syukur,alhamdulillah dah 'setlle' satu masalah bisik hatiku. Dalam perjalanan penumpang dipertontonkan cerita namun ia tidak menarik minatku dari terus menonton sebaliknya aku memikirkan apa yang perlu aku buat kat utara nanti sehingga aku hilang dalam khayalan dan tertidur. Sekali sekala tidur ku terganggu dengan gerakan bas yang tehuyung-hayang, "moga perjalananku ini diselamatkan dan dirahmati Allah" bisik hatiku. Akhirnya aku sampai ke destinasi yang ku tujui, agak melucukan pabila aku bertanya pada sorang penumpang mengenai tempat ini; "sekarang kita kat mane?" tanya aku pada sorang penumpang. "Alor setaq, hang nak lajak lagi ka?" jawabnya. Aku terpana sekejab, apa yang dimaksudkannya. Sambil tu ana mengangguk aje, dia hanya tersenyum melihat gelagak aku yang kepeningan sambil terus mencapai begnya dan hilang dalam pendanganku. Aku menoleh kebelakang rupanya semua penumpang dah keluar. "Abih dah aku" bisik hatiku. Tanpa berfikir panjang aku terus turun tanpa mengetahui tempat tersebut.

7 Disember 2008 (6 a.m); Stesen bas Alor Setar

Aku masih tidak tahu betul ke tidak destinasiku ini, terus aku capai telefonku dan telefon yat. Alhamdulillah aku ditempat yang betul sambil menunggu ketibaan yat aku mencari-cari dimanakah surau atau tempat yang boleh aku solat subuh. Aku pergi ke kaunter bas dan bertanya orang di kuanter dimanakah surau. Aku lihat ramai yang turun dari bas tapi tak ramai yang pergi surau untuk solat. "Astagfirullahala'zim ya Allah berikan mereka hidayah" bisik hatiku sambil itu aku panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih membuka hatiku moga diistiqamahkan dalam Islam. Selesai solat, sekali lagi aku terkejut melihat satu susuk tubuh yang agak ku kenali," apa kabar tat" tegurku. "Kecil betul dunia ni" bisik hatiku sambil kami berpelukkan. Selepas tat selesai solat kami bersembang-sembang sambil menunggu yat sampai.

7 Disember 2008 (7 a.m); Kg Langgar

Pagi ni yat membawa kami ke rumahnya dulu sementara menunggu kereta untuk menghantar tat ke kg Naka. Sungguh nyaman kehidupan didesa ni, tiada kesesakan,bunyi hon diganti dengan bunyi cengkerik, dan penduduknya yang mesra. Tenang hatiku, tiba-tiba aku teringat pada kampung aku yang aku tinggalkan. "macamane ummi, abah, adik-adikku sekarang" bisik hatiku, tiba-tiba telefon berbunyi dan 'abah' tertera di skrin telefon terusku jawab panggilan tersebut. Abahku bertanya keadaanku disini dan juga berpesan jaga diri di negeri orang. Selepas menghantar tat di kg Naka, kami terus pergi ke rumah pak mail. Kehadiranku ke kedah sungguh mengekutkan pak mail, sambil berseloroh padaku " nta datang ni nak merisik orang kedah ke?". "yes" jawabku spontan sambil yat menambah lagi menyebabkan kami gelak ramai-ramai. Suasana ni sungguh menenangkanku, keserabutan dalam fikiranku hilang sebentar.

(to be continue...mengantuknye : ) )

Friday, December 5, 2008

Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah satu tarbiyyah dari Allah s.w.t

Salam pada semua asalnya berniat nak mencoretkan sesuatu tapi bila mana terjumpa lagu ni liriknya amat terkesan buatku. Jadi ku muatkan lirik lagu tapi video clipnya tidak dapatku kepilkan bersama namun ada link dari youtube untuk tatapan pengunjung blog yang dhoif ini...selamat menghayatinya : )



Sesat Dalam Rindu - Damasutra

Ku resah mencarimu dengan akal

Dengan bersama sifat-sifat pinjaman

Kau ku rasakan semakin menjauh

Tersesatlah aku dalam rindu

Ku satukan firasat mencarimu

Dan

Ku terlontar dipenghujung alam

Kau masih tidak dapat ku jejaki

Betapa malangnya nasibku

Keranamu kutinggalkan segalanya

Sendiri aku terpedaya

Punya akal dan firasat yang tidak kemana

Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi

Zahir ada rahsia mencari

Lalu ku salami didalam diri

Dibawa arus nafasku

Asal serah janji dahulu

Mula hidup pasti mula cinta

Keranamu kutinggalkan segalanya

Sendiri aku terpedaya

Punya akal dan firasat yang tidak kemana

Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi

Zahir ada rahsia mencari

Lalu ku salami didalam diri

Dibawa arus nafasku

Asal serah janji dahulu

Mula hidup pasti mula

Engkau kasih ada disini

Engkau kasih ada menanti

Kau kasih aku jua kasih


Sila layari link ini untuk menatap video clipnya:

http://www.youtube.com/watch?v=4Nurk_4uUZs



Wednesday, November 12, 2008

Bagaimanakah Nasibku?



"Aku tergelak sendiri apa yang berlaku sambil itu aku menginsafi keadaan yang berlaku ari ini membawa pengajaran yang sangat penting padaku...lalu dalam lubuk hatiku berdoa moga Allah merahmati dunia dan akhirat."

**************************************************************************


Pagi ini seperti yang telah ditakdirkan aku pergi memenuhi 'appointment' dengan Hospital Tengku Apuan Rahimah (HTAR)...Alhamdulillah hari ini aku dapat sampai awal terus masuk bilik 44 lalu 'nurse' yang berada disana memberikan nombor giliran menunggu. Alhamdulillah 6 orang lagi giliranku jadi insyAllah tidak lama aku disini. Sambil-sambil menunggu aku melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan manusia yang ada tujuan tersendiri. Masing-masing resah gelisah menunggu giliran untuk dipanggil. Teringat aku pada usrah yang lepas mengenai padang mahsyar dimana manusia akan dikumpulkan sementara menunggu giliran untuk diadili dihadapan Allah. Dalam keadaan ramai manusia disana sedang menunggu giliran tiba-tiba ada satu golongan terus berlalu tanpa dihisab. Kemudian semua tertanya-tanya siapakah mereka yang istimewa itu sehinggakan tidak dihisab oleh Allah s.w.t. Lalu dikabarkan bahawa mereka adalah golongan yang mendapat redha Allah dan mereka pula redha pada Allah. Itulah hari pengadilan Allah s.w.t.

"Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan." Al-Hajj (56).

Tersentak hatiku bilamana ku digambarkan perkara tersebut. Dihadapan sana, kaunter pertanyaan sentiasa penuh dengan pelanggaan yang bertanya bilakah giliran mereka padahal mereka mengetahui giliran mereka lantaran nombor giliran sudah diberikan pada mereka. Aku terus gelisah menunggu giliran untuk dipanggil. Sebenarnya aku takut JARUM!!! Selepas 40 minit menunggu nomborku dipanggil. Terusku bingkas masuk ke bilik 44, disana ada seorang 'nurse' dan seorang doktor menunggu. Gemuruhku terus datang, duduk aje mataku tertumpu pada botol sample hari ini..."hmmm nasib baik 4 aje, ari tu 8 sample lagi teruk" bisik hatiku. Doktor pula tengah menyiapkan jarumnya sambil itu dia bertanya dari mana dan sedang bekerja atau belajar. Sambil-sambil leka Doktor terus masukkan jarum dalam uratku. Namun darah tak nak keluar, Doktor mengerutkan dahinya sambil menenangku. Lepas itu dia cucuk tempat lain pulak, darahku masih degil untuk keluar. Selepas cucukan ketiga barulah keluar darah, " hmmm lega hatiku". Namun hatiku bertanya bagaimana kelayakan seorang doktor untuk merawat seseorang pesakit? Sungguhku tidak berpuas hati dengan cara dia merawat pesakit. Namun jauh dilubuk hatiku berdoa moga perkhidmatan Hospital kerajaan dapat dipertingkatkan..."Aku tergelak sendiri apa yang berlaku sambil itu aku menginsafi keadaan yang berlaku ari ini membawa pengajaran yang sangat penting padaku...lalu dalam lubuk hatiku berdoa moga Allah merahmatiku dunia dan akhirat."

Saturday, October 18, 2008

Tips tips akhir peperiksaan


Pembelajaran itu salah satu proses untuk melengkapkan diri sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini.






Moga memberi manfaat


1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah

“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45)

2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.

3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan.Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.

4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (Ayat 1000 dinar)

5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah. Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. "... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)

Friday, October 17, 2008

Rumah terbuka Vs Exam


Salam ukhuwwah buat semua pembaca...

Dikala ini tumpuan para pelajar-pelajar telah beralih pada final exam yang bakal di tempuh dalam masa 10 hari lagi.Pelbagai persiapan rancak dirancang namun setara mana perancangan itu berjalan terpulang pada yang akan melaksanakannya...

Dikala ini juga rancak rumah terbuka diadakan disana-sini. Moga keikhlasan menjadi sendi utama dalam mengadakannya. Terima kasih tak terhingga pada sahabat-sahabat yang sudi menjemput untuk memperatkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Namun apapun pekerjaan yang kita buat biarlah berlandaskan iman yang teguh padaNya. Oleh itu segala pergantungan kita hanyalah padaNya.

Monday, October 6, 2008

Ei'dulfitri

Salam Eidulfitri kepada semua pelawat2 Ar-Rijaluddin...moga segala amalan kita di dalam ramadhan diterimaNya...

Friday, September 26, 2008

Di senja Ramadhan


"kalu beramal kerana Ramadhan maka Ramadhan akan berlalu tapi kalau beramal kerana Allah maka itulah yang kekal"....


tiba-tiba hati ini tersentak pabila kata-kata itu keluar dari mulut salah sorang sahabat...sebak rasanya pabila mengenangkan pemergian Ramadhan dan juga perasaan bimbang menyelinap dalam sanubari ini takut-takut amalan yang dibuat tidak mendapat redhaNya malah mendapat murkaNya...nauzubillah

Hati ini bercampur baur antara suka dan duka x dapat bezakan. Suka kerana Allah bagi kekuatan untukku laksanakan ibadah puasa walaupun pada awalnya kesihatan agak tidak mengizinkan..Alhamdulliah...Duka bilamana menatap senja yang menamatkan kesiangan hari seperti juga Ramadhan yang akan meninggalkanku...tiada lain yang ku pohon padaNya kecuali Dia masih lagi memberi kesempatan kepadaku untuk bertemu ramadhan akan datang dan juga mogaku dapat istiqamah kebaikan-kebaikan yang telah ku buat dalam Ramadhan ini.

Namun baki-baki Ramadhan ini ku mohon padaNya agar beriku kekuatan dalam melaksanakan ketaatan padaNya. Moga-moga di senja Ramadhan ini dapatku habiskannya dengan jayanya...




Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan Bulan Ibadah












Ramadhan datang lagi...syukur kita dipertemukan jua dengannya. Moga kedatangan ramadhan kali ini membawa iltizam baru kepada semua terutamanya kepada umat Islam.


Firman Allah s.w.t:


Maksudnya:

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 183:185)

Thursday, February 28, 2008

Apa makna seorang isteri...


Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:
30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."




"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."




Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam


-she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Thursday, February 7, 2008

Mukmin Sejati



Mukmin sejati mempunyai ciri-ciri orang beriman. Sebagaimana di dalam Al Quran atau Hadith, banyak diungkapkan tentang sifat dan ciri-ciri orang yang beriman di antaranya :


Ciri Pertama

Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:

"Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan."

(Surah An Nahli: 97)

Kehidupan Toyyibah yang dimaksudkan adalah tersimpul di dalamnya segala kenikmatan dan kebahagian, baik yang bersifat jasmaniah atau rohaniah, bukan sahaja di dalam kehidupan di dunia ini tetapi juga kehidupan di akhirat kelak.


Ciri Kedua

Seorang mukmin sejati ialah seorang yang sentiasa membuatkan menafaat baik untuk dirinya sendiri mahu pun terhadap orang lain. Islam telah meletakkan beberapa larangan terhadap perbuatan yang merosak dan merugikan, baik terhadap peribadi atau masyarakat. Umpamanya berzina, berjudi, minum arak dan berbagai perkara yang merosakkan diri dan masyarakat. Orang lemah imannya tidak mampu mengendalikan dirinya terhadap larangan tersebut, walaupun dia menyedari akan akibat buruk yang akan ditempuh. Berbeza halnya dengan orang mukmin yang kuat imannya. Dia sentiasa berusaha menghindarkan perbuatan yang merugi dan merosakkan dirinya dan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda

"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain."


Ciri ketiga

Orang mukmin sejati ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri.

"Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan."

(Al Fatihah: 5)


Ciri Keempat

Sebagai orang mukmin yang sejati, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil. Dia selalu berpegang kepada petunjuk Ilahi sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir."

(Yusuf: 87)


Ciri Kelima

Orang yang beriman tidak menyesali keadaan yang ada pada dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya atau gagal. Di waktu bertemu dengan kesusahan dan kemiskinan, kekalahan dan kekecewaan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Hendaklah sentiasa yakin dan faham bahawa setiap perbuatan dan hal itu daripada Allah s.w.t yang tentunya mempunyai hikmah dan kebaikan yang kita tidak tahu.

Berkata ulama sufi:

"Keputusan Allah telah putus dan hal telah terjadi. Oleh itu rehatkanlah hatimu dari perkataan andaikata dan kalau."

Firman Allah:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."

(Al Baqarah: 216)

Sunday, January 27, 2008


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk

bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah

meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa

kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu

Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan

sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di

antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".