Adaptasi dari imam group
Sudah menjadi kebiasaan bagi saya berjumpa dengan klien diluar pejabat tapi kali ni agak berbeza. Suatu hari En.Hasan, Bos saya, memerintahkan untuk mencari klien yang bergerak di bidang senibina dalaman, seketika fikiran saya sampai kepada Pak Aziz. Meskipun hati masih meraba-raba, apa mungkin Pak Aziz mampu membuat cyber cafe, dari kayu pula, dengan segera saya menuju ke bengkel workshop Pak Aziz.
Setelah beberapa kali tersalah jalan, akhirnya saya menemui bengkel Pak Aziz, yang kini ternyata sudah didampingi sebuah masjid. Pak Aziz pun kelihatan awet muda, sama seperti dulu, hanya pakaiannya yang sedikit berubah. Kali ini dia selalu memakai kopiah putih. Rautnya cerah, segar, memancarkan kesan tenang dan lebih santai. Wajah sering wudhu. Selalu bercahaya.
Hidayah Allah ternyata telah sampai sejak lama, jauh sebelum Pak Aziz berkecimpung dalam berbagai dinamika kegiatan Islam. Hidayah itu bermula dari peristiwa angin puting-beliung, yang tiba-tiba menyapu bersih seluruh atap bengkel workshop-nya, pada suatu malam kira-kira lima tahun silam. "Atap rumah saya ditiup angin sampai tak tersisa satupun. Terbuka semua." cerita Pak Aziz."Padahal tidak ada hujan, tidak ada tanda-tanda bakal ada angin besar. Angin berpusar itupun cuma sebentar saja."
Batin Pak Aziz bergolak setelah peristiwa itu. Walaupun wang dan pekerjaan masih terus mengalir kepadanya, Pak Aziz tetap merasa gelisah, tertekan & selalu tidak tenang. "Seperti orang patah hati, Wira. Makan tidak enak, tidur juga susah."cerita Pak Aziz lagi.
Lama-kelamaan Pak Aziz menjadi tidak tenang tinggal di rumah. Padahal, sebelum kejadian angin puting-beliung yang anehnya hanya terkena bengkel workshop merangkap rumahnya juga, Pak Aziz merasa hidupnya sudah sempurna. Pak Aziz merasa puas dan bangga, kerana punya pendapatan tinggi. Tapi setelah peristiwa angin puting-beliung itu, pak Aziz kembali bingung, beliau bertanya dalam hati : "apa ya yang kurang? apa salahku? "
Akhirnya pak Aziz menekuni ibadah secara mendalam "Seperti musafir, saya mendatangi masjid-masjid di malam hari. Semua masjid besar dan beberapa masjid di pelusuk negeri Perak ini, sudah pernah saya menginap." Setahun lebih cara tersebut ia jalani, sampai kemudian akhirnya saya mampu tidur normal, mampu menikmati pekerjaan dan kehidupan seharian seperti sediakala.
"Bahkan lebih tenang dan santai daripada sebelumnya."
"Lebih tenang ? Memang Pak Aziz dapat hikmah apa dari tidur di masjid tu ?"
"Di masjid itu kan tidak sekadar tidur, Wira. Kalau ada solat malam, kita dibangunkan, lalu pergi wudhu dan tahajjud. Kerana terbiasa, tahajjud juga jadi terasa enak.
Malah tidak enak kalau tidak solat malam, dan solat-solat wajib yang lima itu jadi kurang enak, kalau saya lalaikan. Begitu, Wira."
"Sekarang tidak pernah terlambat atau tertinggal solatnya, Pak Aziz ?"
"Alhamdulillah. Sekarang ini saya menganggap bhw yg utama itu adalah solat. Jadi, saya menganggap kerja itu cuma sekadar selingan saja."
"Selingan ?"
"Ya, selingan yang berguna. Untuk menunggu kewajipan solat, Wira."
Untuk beberapa lama saya terdiam, sampai kemudian azan asar mengalun jelas dari masjid di sebelah rumah Pak Aziz. Pak Aziz mengajak saya untuk segera pergi mengambil air wudhu, dan saya lihat para pekerjanya pun sudah mahu pergi ke samping rumah, menuju masjid. Bengkel workshop itu menjadi lengang seketika. Sambil memandang seluruh ruangan bengkel, sambil berjalan menuju masjid di samping workshop, terus terngiang-ngiang di benak saya : "Kerja itu cuma selingan, Wira. Untuk menunggu waktu shalat..."
Sepulangnya dari tempat workshop, sambil memandang sibuknya lalu lintas di jalan raya, saya merenungi apa yang tadi dikatakan oleh Pak Aziz. Sungguh terkesan saya, bahawa setelah merenungi itu, saya merasa sebagai orang yang sering berlaku sebaliknya. Ya, saya lebih sering menganggap solat sebagai waktu rehat, cuma selingan, malah saya cenderung lebih mementingkan pekerjaan di pejabat. Padahal solat yang akan bantu kita nantinya...( sungguh saya orang yang merugi.)
Kadang-kadang waktu solat dilalaikan kerana pekerjaan belum selesai, atau perjumpaan dengan klien dirasakan sukar untuk diakhiri.
Itulah penyebab dari kegersangan hidup saya selama ini. Saya lebih bersemangat dan habis-habisan berjuang meraih dunia, daripada mempersiapkan bekal terbaik untuk kehidupan kekal di akhirat nanti. Padahal dunia ini akan saya tinggalkan.. juga .kenapa saya begitu bodoh...Saya lupa, bahawa solat adalah yang utama.
Mulai saat itu saya berjanji untuk mulai solat di awal waktu..
Wassalam.
Saturday, June 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment